Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Majlis Bandaraya Karbala memaklumkan 43 orang menjadi mangsa serangan bom pengganas di Karbala, Iraq hari ini.
Pengganas dilapor melancarkan 5 serangan bom dan hanya 2 individu sahaja yang berjaya meledakkan bom pada badan mereka.
Mahfuz al-Tamimi, anggota Majlis Bandaran Karbala berkata, "Lima pengebom bunuh diri telah mengikat diri masing-masing dengan bom untuk menyerang majlis perkahwinan di Mahla al-Husain, bandar Ain Tamr, Barat Karbala malam tadi."
"Dua individu meledakkan diri mereka sehingga menyebabkan 18 orang terbunuh manakala 25 yang lain cedera. Tiga pengebom bunuh diri yang lain telah ditangkap," tambah beliau.
Pihak hospital mendedahkan, lima pengebom bunuh diri berasal daripada sebuah keluarga.
Ain Tamr terletak kira-kira 50 kilometer di Barat Karbala dan bersempadan dengan wilayah Anbar yang sebelum ini menjadi pusat kumpulan ekstremis.
Sumber tentera berkata, kemungkinan para penyerang menyusup masuk ke Ain Tamr dari padang pasir Anbar.
Kumpulan pengganas IS bertanggung jawab dalam serangan ini.



